Sejarah Sekolah

sejarah_oldskool

Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Rendah Sri Gunung. Sekolah ini dibuka pada awal Januari 1965 secara menumpang di Sekolah Kebangsaan Gunung. Pada peringkat awal penubuhannya bilangan pelajarnya 76 orang dan 3 orang guru. Waktu pembelajrannya dijalankan pada sesi petang.

Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Jajahan Bachok. Jaraknya dari bandar Bachok 12 kilometer dan dari bandar Kota Bharu sejauh 22 kilometer. Nama sekolah ini diambil daripada nama tempat di mana sekolah ini didirikan iaitu Kampung Gunung. Perkataan Sri ditambah berdasarkan kepada keindahan semulajadi Kampung Gunung yang terdapat sebuah bukit yang menarik iaitu Bukit Gunung. Perkataan “Sri” bererti keindahan atau kecantikannya.

Mengikut sejarah awalnya keluasan sekolah ini iaiah 2.5 ekar. Pada tahun 1968 Majlis Lembaga Sekolah telah bersetuju untuk mewujudkan tingkatan empat dan pelajar pertama mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1969. Peristiwa paling bersejarah sekolah ini berlaku pada 29 April 1969 apabila Encik Khir Johari selaku Menteri Pelajaran pada masa itu telah melangsungkan majlis perasmiannya. Pada tahun 1980 aliran sains bagi pelajar pelajar tingkatan empat diperkenalkan.

Kini keluasan keseluruhannva ialah 15 ekar. Sejajar dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah dari tahun ke setahun, bangunan dan prasarana-prasarana lain seperti bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas, makmal-makmal dan lain-lain juga disediakan bagi menampung keperluan itu. Pada tahun 2000, 2 blok asrama baru telah dibina yang mampu menampung sehingga 240 orang pelajar. Dengan kerjasama PIBG dan sekolah sebuah dewan terbuka telah disiapkan dengan sempurna dan pelbagai aktiviti penting sekolah dapat dijalankan dengan selesa.

sej001